Skim Pembiayaan Hafiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

| June 20, 2013 | 0 Comments

 

546000_102891066534452_611426550_n

Skim Pembiayaan Hafiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH). Skim ini bertujuan untuk membantu para huffaz melanjutkan pengajian ke Skim ini akan diberikan kepada para huffaz yang ingin melanjutkan pengajian mereka sama ada di peringkat PHD, Sarjana, Ijazah dan Diploma lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau Luar Negara. Skim ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk tujuan melanjutkan pengajian.

Antara objektif SPH ini diwujudkan ialah bagi memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran, membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran serta membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Pembiayaan Hafiz Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Details

Scholarship Criteria
1.1       SYARAT-SYARAT UMUM
i.      Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
ii.     Berumur tidak melebihi 25 tahun bagi  peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
iii.    Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iv.   Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi  atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas.
v.    Mempunyai Kelayakan akademik seperti jadual 1.2 ( khusus untuk Pelajar Baru di tahun Pertama Semester  sesi pengajian tahun 2013 sahaja)
1.2       KELAYAKAN AKADEMIK
BIL
KELAYAKAN
SYARAT MINIMUM AKADEMIK
PERINGKAT
PENGAJIAN
1
SPM
8 Kepujian
Ijazah Pertama
2
STAM
Pangkat Jayyid
Ijazah Pertama
3
STPM
2 Prinsipal B bagi (Syariah / Usuluddin dan Bahasa Arab)
Ijazah Pertama
vi.   Tempoh tawaran SPH kepada calon-calon yang berjaya adalah selama 3-4 tahun atau mengikut tawaran sebenar oleh institusi pengajian.
vii.  Garis Panduan SPH. Klik di sini
viii.Bagi pelajar yang berada pada tahun 2 dan ke atas hendaklah mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.70.
1.3       SYARAT-SYARAT KHUSUS
Telah menghafaz al-Quran (30 juzu’) dan memiliki sama ada:
BIL
KELAYAKAN
SYARAT MINIMA
(PNGK)
PERINGKAT
PENGAJIAN
1
Diploma Tahfiz al-Quran Jakim/ yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
2.70
Semua peringkat pengajian.
2
Sijil Tahfiz al-Quran Jakim; atau
3.0
Semua peringkat pengajian.
3
Sijil Tahfiz Malaysia
3.0
Semua peringkat pengajian.
Field of Study Pengajian Islam.
Scholarship Package Kadar yang disediakan adalah berdasarkan kadar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
How To Apply
Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 22 Jun 2013 dengan melayari laman sesawang (http://apps2.islam.gov.my/sph/). Pemohon dikehendaki mengisi borang secara online seterusnya memuat turun borang yang telah lengkap diisi dan dibawa bersama  semasa temuduga beserta salinan dokumen berkaitan.
Closing Date 22 Julai 2013

If you want to apply this scholarship, kindly read our scholarship tips.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , , ,

Category: Scholarship Tips


Comments (0)

Trackback URL | Comments RSS Feed

There are no comments yet. Why not be the first to speak your mind.

Leave a Reply

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

You might also likeclose