Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013

| March 30, 2013 | 0 Comments

 

logo_yayasan_pahang

Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013

Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon skim biasiswa pendidkan yang ditawarkan  untuk tahun 2013 seperti berikut :

  • Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013
  • Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2013 Details

Scholarship Criteria

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar- pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Kelayakan Memohon

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-

  • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darulmakmur.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2012 seperti berikut:-

  • Calon SPM    :    9 A+ ke atas
  • Calon STPM :    4 Prinsipal A

4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).
Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-

  • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darulmakmur.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik dan kegiatan ko kurikulum yang cemerlang.
3. Lulus di peringkat SPM tahun 2012 seperti berikut:-

  • Mendapat 8A dan ke atas
  • Mendapat 7A dan ke atas bagi pelajar yang menghafaz

 

Field of Study Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013Pelajar-pelajar yang terpilih di bawah skim ini akan mengikuti di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang farmasi, perubatan, perbankan/kewangan islam. Pada masa yang sama, para pelajar perlu membuat permohonan Sistem Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/14 (UPU Online)
Scholarship Package

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013

http://malaysia-scholarship.net/wp-content/uploads/2013/03/yayasan_Pahang.png

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

http://malaysia-scholarship.net/wp-content/uploads/2013/03/penajaan_YP.png

How To Apply Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my
Closing Date 15 April 2013

If you want to apply this scholarship, kindly read our scholarship tips.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

Tags: , , ,

Category: Bachelor Degree, Banking, Finance, Government, Local, Medical, Pharmacy


Comments (0)

Trackback URL | Comments RSS Feed

There are no comments yet. Why not be the first to speak your mind.

Leave a Reply

WP-SpamFree by Pole Position Marketing

You might also likeclose